Penerbangan K4UAH-6 diatas pada 7 Jun 2021 jam 23:28. Ketika itu, stesen K4UAH-6 telah berada di ruang angkasa Canada. Altitud 12600m dengan kelajuan 87km/h serta bearing 50 darjah. Tenaga solar yang disimpan sebanyak 4.300 volt dengan suhu 10 darjah selsius. Locator DO52AJ.
Manakala, stesen K4UAH-5 telah berada di Florida, Amerika pada 7 Jun 2021 jam 23:26. Altitud 13900m dengan kelajuan yang perlahan iaitu 46km/h. Pergerakan arah ke timur manakala tenaga solar adalah 4.600 volt. Suhu yang dicapai adalah 15 darjah selsius serta locator EM80EI.
Kedudukan terkini K4UAH-6 hingga jam 2:58 pada 10 Jun 2021 telah menghampri ke United Kingdom. Altitud 13060 m dengan kelajuan 102km/h dengan bearing 74 darjah. Solar 3.30 volt dengan suhu sekitar 5 darjah selsius. Locator HO93FI.
Seterusnya, stesen K4UAH-5 telah dua hari tidak aktif. Kemungkinan telah hilang di Segi tiga Bermuda. Kedudukan terakhir melepasi tanah Florida ke arah kawasan yang misteri itu.
Menurut laman web rasmi Space Hardware Club, mengesahkan bahawa K4UAH-5 telah mendarat pada 8 Jun 2021. Pencapaiannya telah berjaya mengelilingi dunia sebanyak 7 kali selepas 107 hari penerbangan.

Kini , hanya tinggal K4UAH-6 meneruskan penerbangan dalam percubaan mengeliling dunia sebanyak mungkin. Telah berjaya mengelilingi dunia sebanyak 6 kali. Penerbangan seterusnya dijangka ke arah negara Skandinavia.