Quantcast
Channel: 9W2DYA STESEN RADIO AMATUR
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1580

Gelombang Patriotik RA Malaysia 2022

$
0
0


 Hari Malaysia 16 September 2022 yang lalu telah berkesempatan menziarahi program yang diadakan di taman Tasik Cyberjaya. Selepas memburu belon di Banting singgah sebentar di sini untuk melihat aktiviti yang diadakan. Pasca Covid-19 aktiviti radio amatur berkumpul seperti ini amat ditunggu.


Aktiviti radio amatur terarah kepada kumpulan kecil sesama mereka sahaja. Aktiviti besar seperti ini terbuka kepada para pengunjung orang awam. Ini secara tidak langsung memperkenalkan radio amatur kepada masyarakat.


Bagi pengendali radio amatur dapat berkumpul sesama rakan ham lain. Ada sanggup hadir dari jauh semata-mata tidak mahu melepaskan peluang menghadirinya. Perkembangan radio amatur dapat dilihat di sini melalui pameran dan aktiviti yang dijalankan.
 

Liputan media massa secara tidak langsung turut mengetengahkan radio amatur kepada seluruh negara. Cara ini dapat memperkenalkan lagi peranan radio amatur kepada umum terutamanya semasa berlaku bencana seperti banjir.
















Viewing all articles
Browse latest Browse all 1580

Trending Articles