Bergerak dari Taman Alam ke Bukit Malawati pula. Sayangnya pada hari ahad itu perkhidmatan trem ditutup. Sempat melihat beberapa ekor monyet kelabu atau lotong berkumpul di belakang gerai-gerai dan kaunter tiket. Terdapat peralatan senaman juga di kawasan itu.
Damia sempat bergambar bersama lotong kelabu yang agak jinak. Selepas itu, memandu terus mendaki Bukit Malawati. Bukit yang banyak menyimpan sejarah Kesultanan Selangor. Kota pertahanan kesultanan Selangor yang kedudukan geografi sangat strategik.
Bukit kota pertahanan yang bersejarah ini menawarkan pelbagai tempat menarik. Rumah Api Kuala Selangor ini yang paling terkenal disamping tarikan yang lain.
Meletak kereta di hadapan Rumah Api ini. Ada peniaga menjual makan dan minuman. Tidak lupa juga menjual makanan monyet dan kera yang ada di sini.
Damia bergambar bersama selaras meriam bukti tempat bersejarah. Baitul Hilal tempat mencerap anak bulan. Tinggal beberapa hari lagi Ramadan bakal menjelma. Salah satu tempat melihat anak bulan Ramadan, pastilah di sini nanti.
Kemudian menghala ke Rumah Api. Terjumpa satu stesen tanda aras berhampiran Rumah Api ini. Batu tanda aras ini dicat putih dengan keadaan kemas sekali. Malangnya plate sudah tiada lagi.
BM#137 tiada nombor stesen di Rumah Api Kuala Selangor. Koordinat 3.340548 darjah Utara dan 101,249096 darjah Timur. Hasil carian di laman sesawang Jupem. Tiada dalam rekod untuk stesen tanda aras di Bukit Malawati ini.
Rumah Api berdiri megah. Merujuk Wikipedia telah dibina pada tahun 1907 dan beroperasi pada tahun 1910.
Rumah Api Kuala Selangor terletak di atas Bukit Melawati dalam daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia menghadap ke laut Selat Melaka. Rumah api ini dibuka pada 1907 oleh penjajah British, berdekatan dengan muara Sungai Selangor. Tinggi rumah api ini adalah 83 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat dengan sinaran lampunya mampu memancar sehingga 56 kilometer. Lampu cerah akan berpusing dan berkelip dua kali setiap 15 saat. Pada awalnya, lampu ini menggunakan minyak tanah dan generator kemudian dijana dengan kuasa elektrik kerana lebih bersih dan jimat.
Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia merangkap Pengerusi Lembaga Dius Api, Datuk Kapten Ahmad Othman memaklumkan bahawa rumah api menjadi pedoman kepada pelayar Selat Melaka dan menjadi penanda pintu laluan keluar masuk ke perairan Selangor.
Rumah Api Kuala Selangor mulanya bernama 'Rumah Api Altingsburg' sempena nama seorang Gabenor Belanda kerana Belanda pernah berkuasa ketika itu dan Belanda mengumpul bijih timah dari Selangor dan Perak . Ia dibina pada tahun 1907 dan beroperasi secara rasmi pada 1910.Sejarah rumah api di Malaysia bermula sejak zaman penjajahan Inggeris dan dari tahun 1826, rumah api di pesisiran pantai negara dikenali sebagai 'The Straits Settlements Lighthouses'.
Jabatan Laut Malaysia diamanahkan menjaga semua Rumah Api yang terdapat di Malaysia.Rumah Api ini berusia lebih 100 tahun masih gagah berdiri.
Papan kenyataan berkaitan Rumah Api dapat dilihat berhampiran. Namun berada di dalam pagar.Beberapa fakta berkenaan Rumah Api;
Sifat Lampu: F1(2). W. 15s
Jarak Penglihatan: 18 Batu Nautika
Ketinggian: 73 meter (MHWS)
Ketinggian Bangunan: 27 meter
Keterangan Struktur: Menara besi berbentuk bulat berwarna putih dengan asas batu.
Tahun dilancarkan: 1907
Penerangan lain: Rumah Api ini dikenali juga sebagai Rumah Api Altingsburg.
Semasa minggu ketiga bulan Ogos dianjurkan International Lighthouse and Lightship Weekend (ILLW). Rumah Api Kuala Selangor turut menjadi tempat pengendali radio amatur untuk berhubung dengan Rumah Api yang lain. Penulis tidak berkesempatan lagi mengunjungi Rumah Api ini sewaktu acara tersebut berlangsung setiap tahun. Kebiasaannya ia dikendalikan oleh penggiat radio amatur dari negeri Selangor sendiri.