Semalam 3 Mac 2024 bersama harmonic telah pergi ke Pulau Carey. Riverine Survival Park merupakan sebahagian daripada Amverton Cove Golf and Island Resort. Tiba menyeberangi jambatan Pulau Carey pemanduan terus sahaja hingga terjumpa pintu gerbang Amverton Cove belok sebelah kiri. Pondok pengawal ada anggota Polis mengawal pergerakan masuk.
Melepasi kawalan Polis tersebut terus ke tempat letak kereta. Amverton Cove terdapat Hotel dan Taman Tema Air juga selain Riverine Survival Park. Ketiga kemudahan ini adalah berhampiran sahaja. Tempat letak kereta yang luas ini tidak menjadi masalah pengunjung.