Quantcast
Channel: 9W2DYA STESEN RADIO AMATUR
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1580

Stesen tanda aras atas konkrit JBA

$
0
0


 Pada hari Khamis 7 Mac 2024, selepas balik dari saltmine berjaya mendapat empat lagi stesen tanda aras. Selepas makan di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras terus masuk SKVE melalui Mines.


Stesen Tanda Aras pertama yang ditemui adalah B 62053. Stesen ini berada di simpang Mardi. Sebelum simpang Putrajaya. Sebelum simpang ini juga terdapat satu stesen tanda aras. Tiada bahu jalan sekadar lorong kecemasan amat sukar untuk meletakkan kereta. Jadi, hasrat terpendam sahaja untuk pergi mendekati batu tanda aras itu.


Kereta diletakkan ditepi selekoh bahu jalan yang agak luas. Berjalan kaki berpatah balik naik ke simpang semula. Cara ini lebih selamat berbanding berhenti di lorong kecemasan. Lebuhraya SKVE ini sangat sesak terutama pengguna motorsikal yang menggunakan laluan tepi lorong kecemasan. BM#155 stesen tanda aras B 62053 koordinat adalah 2.972975 darjah Utara dan 101.686825 darjah Timur.


Seterusnya menghala ke Pekan Dengkil serta belok ke kanan menghala ke Bukit Changgang. Simpang Paya Indah Wetland terdapat satu stesen tanda aras. BM#156 stesen tanda aras B 5253 yang lama (B 5683).


Batu tanda aras bersebelahan pokok bunga kertas. Agar sukar dilihat. Entah macam mana tertoleh pada simpang ini ketika pergi ke Survival Park yang lepas bersama harmonic. Pernah terbaca di laman sesawang Jupem. Memang ada satu stesen tanda aras di simpang ini.


Papan tanda Paya Indah Wetlands terletaknya satu stesen tanda aras. Kedudukan antara celah papan tanda dan pokok bunga kertas. Kereta letak di tepi bahu jalan menghala ke Wetlands. Berpatah balik berjalan kaki beberapa langkah sahaja.


Koordinat simpang Paya Indah Wetlands 2.845069 darjah Utara dan 101.645560 darjah Timur. Kemudian memandu ke Masjid Kampung Bukit Changgang untuk Solat Zohor terlebih dahulu. Usai solat berpatah balik ke Dengkil semula untuk menghala ke Cyberjaya pula.



Naik ke simpang Cyberjaya dari Dengkil berdekatan belakang Bomba. Satu stesen tanda aras berada di persimpangan lampu isyarat tersebut. Pemandangan menghadap Sekolah Seri Putri.


BM#157 stsesn tanda aras B 7011 yang lama (W 51129). Koordinat 2.911738 dahjah Utara dan 101.659970 darjah Utara.


Pemandangan menghadap Balai Bomba Cyberjaya. Kereta diletakkan sebelah Balai Bomba tersebut. Terpaksa berjalan kaki ke simpang untuk mendokumentasi penemuan. Sebenarnya, sebelum dan selepas simpang ini terdapat satu stesen tanda aras. Sayangnya hanya ada laluan kecemasan sahaja pasti sukar untuk memberhentikan kereta. Dua stesen tanda aras telah diabaikan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1580

Trending Articles