Usai sarapan terus menghala ke Chukai. Hand-held QRV dua frekuensi iaitu Airband 135.250MHz dan AIS 162.025MHz. Manakala mobile rig QRV simpleks V40 145.500MHz
Melepasi Kijal terlihat batu tanda aras disebelah kanan jalan. Patutlah tidak nampak sebarang stesen pada sebelah kiri jalan. Rupanya kedudukan batu tanda aras disebelah kanan jalan. Terpaksalah meletak kereta tepi jalan terlebih dahulu, sebelum menyeberang jalan.
Stesen pertama BM#206 nombor stesen T 304?. Koordinat 4.310130 darjah Utara dan 103.447270 darjah Timur. Angka terakhir tertutup simen. Kemudian singgah ke Chukai bagi mengesan isyarat AIS. Ternyata isyaratnya dapat didengari dari corong radio.
Isyarat AIS (Automatic Identification System) yang dipancarkan dari kapal-kapal bagi membolehkan kedudukan diketahui oleh kapal lain yang memantau pergerakannya. Ini dapat mengelakkan kapal dari bertembung diantara satu sama lain.
Oh! lupa nak beritahu, bahawa di Jerteh juga terdapat satu stesen feeder AIS milik Abg Sedi 9W2HQD. Tiba di Kuantan terdapat satu stesen tanda aras di hadapan SMK St Thomas. Meletak kereta di tepi jalan yang agak luas bahu. Berpatah balik ke hadapan sekolah tersebut.
Stesen kedua BM#207 nombor stesen C 5121. Koordinat 3.826717 darjah Utara dan 103.338569 darjah Timur. Batu tanda aras berhampiran pagar batu sekolah pintu masuk utama.
Tiba di Taman Esplanade letak kereta di situ. Kemudian berjalan kaki menyusur tepi Sungai Kuantan. Berjalan hingga melepasi Menara Kuantan 188. Melintas jalan untuk ke kedai makan Nasi Ayam Gemas yang sedap itu.
Rakaman video Sungai Kuantan bot nelayan pulang dari lautan luas mencari rezeki.
Menara Kuantan 188 tarikan pelancong datang ke sini. Boleh berjalan atas dek menggunakan peralatan keselamatan mengelilinginya dengan melihat pemandangan sekitar.
Jeti tempat memancing. Beberapa kanak-kanak memancing bagi mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah. Tulisan Kuantan diseberang sungai pastilah tidak terlepas dari lensa kamera masing-masing. Bukti telah sampai di sini untuk memori masa hadapan.
Bot nelayan melepasi ikonik Kuantan untuk ke laut lepas mencari rezeki. Lupa hendak keluarkan radio bagi memantau isyarat AIS dari bot ini.
Ikonik Kuantan jelas terpampang sebelum bot nelayan melewati. Ketika ini waktu tengah hari agak redup kerana awan tebal memayungi cahaya.
Ketika itu juga, pesawat pejuang TUDM sedang sibuk menjalani latihan terbang rendah. Latihan sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-66 di Kuantan ini.
Tiga lagi pesawat pejuang TUDM membuat formasi segitiga melintasi ruang udara Kuantan. Latihan terbang rendah ini telah dimaklumkan kepada umum. Lupa hendak memantau juga di laman sesawang pergerakan pesawat. Sebelum ini sibuk memantau pesawat komersial sahaja.
Puas melihat pesawat terbang rendah, perjalanan harus diteruskan. Melepasi simpang tiga Jalan Tanah Putih/Jalan Dato' Wong Ah Jang kelihatan satu stesen tanda aras di hujung pagar bangunan. Terus masuk ke kiri meletak kereta di kawasan lapang. Menyusur tepi jalan hingga ke hujung pagar.
Stesen ketiga BM#208 nombor stesen C 5126. Koordinat 3.794994 darjah Utara dan 103.315286 darjah Timur. Stesen tanda aras ini turut dicat putih oleh pemilik bangunan sebelahnya. Punca mata yang tajam dapat mengesan terlebih dahulu.
Perjalanan menggunakan laluan FT02 ke arah Maran. Melepasi Bugor ditepi jaln terlihat satu batu tanda aras. Berada di atas rumput bersebelahan bahu jalan tanah merah.
Kelihatan plat baru telah digantikan pada batu tanda aras tersebut. Sayangnya tiada nombor siri ditulis pada plat tersebut. Mungkin nombor siri belum ditentukan lagi. Kemungkinan pihak Jupem tidak perasan nombor siri masih belum diukir lagi.
Stesen keempat BM#209 nombor stesen C ????. Koordinat 3.694017 darjah Utara dan 102.931558 darjah Timur.
Satu lagi mangsa vandalisme. Ada kerja-kerja mengorek tanah di tapak asal batu ini. Habis tercabut dan tergolek di tepi jalan. Masuk melalui Jalan Bahagia 1, Seri Jaya. Jelas tertera BM di badan batu ini.
Bukan setakat tergolek sahaja batu ini, nombor siri turut tidak boleh dibaca. Simen telah menutupi nombor siri tersebut. Kena rujuk laman sesawang Jupem bagi mengenal pasti nombor siri tersebut. Stesen kelima BM#210 nombor stesen C ????. Koordinat 3.668364 darjah Utara dan 102.879974 darjah Timur.