Hari ini merupakan hari terakhir Kejohanan Memanah MSSD Hulu Langat tahun 2024. Bermula hari Isnin 1 Julai 2024 hingga hari ini 3 Julai 2024. Sempat singgah sebelum ke saltmine melihat aksi Bthovian. Hadir sebagai tanda sokongan moral bagi meningkat prestasi pada kali ini.
Hari pertama singgah hanyalah pemeriksaan peralatan dan menguji areana sahaja. Setiap pasukan dipanggil untuk pemeriksaan peralatan memanah yang akan digunakan semasa kejohanan. Arena pertandingan turut diuji bagi penyesuaian tempat oleh setiap atlet memanah. Seperti tahun sebelum ini, Asrul dan Shibrah ditugaskan membawa pasukan memanah memburu pingat kejuaraan.
Kemudian bergerak ke SMK Maahad Hamidiah untuk melihat Kejohanan Bola Sepak MSSD Hulu Langat bawah 15 tahun. Tiba di pintu pagar Pengawal tidak membenarkan masuk kerana tiada pas urusetia. Oleh kerana tidak dapat masuk terus menghala ke saltmine.
Hari kedua 2 Julai 2024 seperti semalamnya terus ke SK Saujana Impian venue bagi acara memanah ini.Hari kedua ini pertandingan untuk peserta lelaki. Mendapat perkhabaran gembira apabila atlet berjaya membawa pulang beberapa pingat.
Muhamad Azfar Rashid berjaya mendapat Johan bagi jarak 70m dan 60m serta Johan keseluruhan bagi lelaki bawah 18 tahun Recurve. Tiga emas hasil tuaian Azfar.
Pingat seterusnya milik Nik Alif Zakwan bin Nik Zamzuri. Dua pingat dituai merupakan Johan 60m dan Naib Johan Keseluruhan bawah 15 tahun Recurve.