Belon pagi ini radiosonde 2405015328 sangat sukar dijumpai memandangkan altitud ketinggian akhir agak tinggi. Kawasan ladang kelapa sawit di laluan B60 Jalan Utama Seri Cheeding lokasi jatuhan. Jatuh jam 9:25 pagi. Koordinat 2.87267 darjah Utara dan 101.53217 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 436m dan ketinggian maksimum 24,359m.
Memandu dari Bangi hingga ke Olak Lempit terus masuk ke Jalan Bukit Perah untuk ke Seri Cheeding. Jalan dalam ini lebih cepat berbanding menghala ke Banting terlebih dahulu. Tiba di lokasi kejadian meletakkan kereta di tempat pengumpulan buah sawit. Kemudian berjalan masuk ke kawasan ladang kelapa sawit. Bergerak ke titik akhir. Terdapat dua motorsikal di situ menandakan pekerja sedang memetik tandan buah kelapa sawit.
Titik akhir bersebelahan penjuru belakang pusat tersebut. Ketika sibuk menentukan arah menggunakan kompas perismatik datang lelaki cina. Sudah pasti tuan punya tanah menanyakan tujuan kehadiranku di situ. Sudah pasti menunjukkan contoh peranti radiosonde kepadanya. Si empunya pun paham dan terkejut yang selama ini ramalan kaji cuaca menggunakan alat tersebut. Barulah dia faham cara Meteorologi membuat ramalan cuaca. Kemudian dia pun beredar pergi. Sangkaannya penulis membuat kerja mengukur tanah.
Setelah berjaya mengenal pasti arah belon jatuh terus berjalan ke arah tersebut. Bergerak ke arah yang dituju. Terhenti akibat parit. Melewati parit hingga ke hujung terdapat batang kelapa sawit mati jatuh merentangi parit itu. Melintas dengan berhati-hati. Setelah menjejak tanah sebelah terus kembali semula ke arah bearing tadi. Terus bergerak menyambung bergerak terus ke hadapan. Hampir 200m jarak isyarat tidak kedengaran. Berpatah balik sambil terus mencari. Kawasan jangkaan belon jatuh turut diselongkar. Selepas mencari satu jam setengah misi pencarian dihentikan.
Sebelum beredar sempat berjumpa salah seorang pekerja yang sibuk mengait tandan sawit. Memaklumkan kepada pekerja tersebut jika terjumpa peranti radiosonde. Berjalan keluar ke jalan besar hingga ke kereta semula. Misi kedua di Kampung