Quantcast
Channel: 9W2DYA STESEN RADIO AMATUR
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1580

Hari ke-8 9A5BDE-8 maritime mobile ke Jepun

$
0
0
Setelah lapan hari memantau, stesen 9A5BDE-8 akhirnya telah memasuki perairan Jepun. Meninggalkan Taiwan semalam, pagi ini dilihat stesen 9A5BDE-8 berada di selatan Jepun.


Menuju Okinawa dengan koordinat 25 16.95'N dan 123 59.95E bergerak dengan kelajuan 24km/h bearing 20 darjah dan altitude 58m.
Melepasi Yonaguni, Taketomi, Ishigaki, Tarama, dan Miyakojima tidak kelihatan stesen aprs diaktifkan. Manakala, Okinawa aktiviti aprs kelihatan di google map. Antaranya adalah JR6LI, JS6JFG, JR6VZG-10, JR6YTR-10, JS6RAV-14, dan JR6DI-3.
Mereka menggunakan UI-View untuk mengaktifkan aprs.


Manakala yang bermobile adalah JJ6OAA-9, JS6JFG-14 dan JS6RAV-14.


73, Jojet de 9W2DYA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1580

Trending Articles