Quantcast
Channel: 9W2DYA STESEN RADIO AMATUR
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1580

Notis pembaharuan lesen

$
0
0
Beberapa hari lalu aku mendapat notis pembaharuan AA. Tarikh renew 18 November 2016 dan dikehendaki memperbahrui selama 5 tahun berjumlah RM180. Biasanya aku memperbahurui selama setahun sahaja.


Pada petang tadi sempatlah ke Tower 1 MCMC untuk bertanyakan notis itu. Aku pergi bersama swl Taariq yang ingin bertanyakan  tentang RAE. Malangnya beliau terlepas untuk menduduki RAE kerana telah tamat tempoh pendaftaran yang perlu dalam talian.
Terpaksalah menunggu RAE tahun hadapan pula.


Kemudian, kami ke Puchong Gateway di CCC International Sdn Bhd untuk  membeli charger handyku yang rosak. Selama ketika meminjamkan daripada Taariq yang sama model handynya denganku. Pertama kali sampai di CCC kulihat banyak model TYT dijual disana. Rizal 9W2SZR sibuk melayan pelanggan yang berurusan dengannya.


Selepas selesai, barulah beliau berkesempatan untuk bertanya tentang kedatangan kami.Aku bertanya tentang bateri sender jika ada. Kemudian aku membeli charger yang amat penting untuk meneruskan kelangsungan radio terus berfungsi.


Selepa mendapatkan barangan yang dihajati, kami terus pulang ke Kajang ke base swl Taariq. QTH Taman Taming Impian, Sg Jelok Kajang. Ketika tiba base beliau, terlihat olehku antenna radio yang menjulang. Akupun memandu elopi terus ke arah antenna itu.


Tibanya di sana, sebuah rumah berdirinya dua batang pole. Kelihatan jelopi yang mempunyai callsign 9W2VMW. Oh disini rupanya base 9W2VMW. Selalu monitornya dijalur dan dapat dicopy audionya dengan baik. Kemudian beberapa selang dari rumahnya bernombor 127 berdiri sebatang pole yang aku cari itu. Malangnya tidak diketahui tuan punya isyarat panggilan. Selepas ini, bolehlah swl Taariq monitor di V38 kerana audio 9W2VMW sentiasa berkumandang.


Apabila sudah sampai saltmine terus mencaj handy dan monitor di V38. Kedengaran audio abg Azman 9W2OTX Sg Merab terima 5/9 dari Cheras. Abg Johan 9W2PJH bermobile di Putrajaya terima 4/8 diawalnya. Kemudian Abg Zamri 9W2ZBV mobile di Bukit Jalil negative copy.
9W2MSZ mobile di Jalan Kuching terima anda 3/8.
9W2DFL negative copy PICC


73, Jojet de 9W2DYA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1580

Trending Articles