Perarakan Hari Kebangsaan ke-61 bagi tahun 2018 berlangsung di Putrajaya. Turut terlibat pesawat TUDM serta agensi penguatkuasa yang lain. Rakan ham sempat monitor di 120.500MHz aktiviti lintas langsung pesawat berjalan.
Flypass control di atas bangunan berdekatan perarakan berfungsi mengkoordinasikan pesawat dengan jadual perbarisan. Ini penting, agar pesawat tiba tepat pada waktunya semasa perarakan berlangsung. Pesawat juga boleh dimonitor di Flightradar24 namun tidak semua pesawat dipaparkan pada skrin.
9W2DFL Dobot menggunakan handheld FT2D nya ketika memantau di frekuansi dan berada di tempat kejadian.
Callsign yang digunakan Panji Alam untuk Hawk dan Jengking untuk Sukhoi menurut 9M2ZEE.
Pesawat Charlie-130 Hercules bukanlah asing bagiku kerana arwah Ayah pernah berkhidmat di Squadron 14 TUDM berpengkalan di Subang sewaktu ketika dulu sebagai Jurutera Penerbangan.
Pesawat Sukhoi melakukan lintas hormat menunjukkan kekuatan aset pertahanan negara antara 72 pesawat yang terlibat pada tahun ini.
Pesawat Airbus A400 antara pesawat pengangkut terbang keluar dari Putrajaya. Paparan dari aplikasi flightradar yang dapat menentukan kedudukan terkini sebuah pesawat.
![]() |
credit 9W2RUT |
Peluang setahun sekali ini tidak dilepaskan untuk memantau aktiviti penerbangan di frekuensi. Penerbangan terbahagi kepada helikopter, pesawat pengangkut dan pesawat pejuang.
![]() |
credit 9W2RUT |
![]() |
credit 9W2DFL |
![]() |
credit 9W2DFL |
Callsign yang digunakan Panji Alam untuk Hawk dan Jengking untuk Sukhoi menurut 9M2ZEE.
![]() |
credit 9W2DFL |
![]() |
credit 9W2DFL |
![]() |
credit 9W2ZQI |