Cuti hari raya ini dari hari jumaat hingga kini aku portable di Bukit Mahkota. Sejak sampai di sini aku mengaktifkan aprs tetapi tiada stesen dapat mendengarnya.
Hari sabtu selepas 9W2CEH-9 pulang ke basenya pada tengahari dan mengaktifkan 9W2CEH-3 barulah 9W2DYA-12 mendapat packet dari stesen itu. Jarak ke 9W2CEH-3 adalah 6.4km dan kedudukan 355 darjah.
Ketinggian di Bukit Mahkota ini dapat dibaca adalah 57 meter. Biasa juga 9M4RDG-3 dan 9M4RTB-3 boleh mencapai hingga ke sini. Tunggu dan lihat kedua stesen ini samada boleh mendengar ataupun tidak.
Jarak 9M4RTB-3 di Gunung Telapa Buruk adalah 28.8km dan jarak 9M4RDG-3 di Genting Highlands adalah lebih kurang 60km.
Kali ini aku terpaksa menggunakan high power untuk memancar terus ke mana-mana stesen yang berdekatan. Hasilnya dapatlah 9W2CEH-3 di Bangi dengan jarak 6.4km
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com