Quantcast
Channel: 9W2DYA STESEN RADIO AMATUR
Viewing all 1580 articles
Browse latest View live

ARISS SSTV Diploma pada 9 dan 10 Jun 2021

$
0
0

 


Mari memburu imej SSTV pada 9 dan 10 Jun 2021 nanti. Boleh mohon dilaman web 

https://www.inspace.club/mai-75-inspace-ariss-sstv-diploma/

Jangan lepaskan peluang ini.

MAI-75 will be conducting their experiment of transmitting SSTV images over specific orbits that overfly Moscow on June 9th and 10th, 2021. Everyone & amateurs along the ground track of these orbits should have the opportunity to receive these images as well. Modes and targeted transmission periods are listed below.

SSTV images will be transmitted at 145.800 MHz using a Kenwood TM-D710 transceiver. They are expected to use the PD-120 SSTV format .

The Indonesian Space Explorer is proud to announce that we will join the fun for Moscow Aviation Institute (MAI-75) SSTV Experiment on June 9th to 10th, 2021.

1. Everyone with SSTV image decoded from MAI-75 SSTV Experiment event (during June 9th to 10th, 2021) are eligible to claim the award.

2. Image has to be original, do not edit the default filename whatever decoder you are using. (we recommend RXSSTV)

3. Claim your award by sending us at least 1 images with no less than 50% captured

4. Do not sent your Image to our email, Fill this Form inSpacE SSTV Diploma. Only filling in one time, make sure your form is completely done before sent out.

5. At this point all you gotta do is give us 3 (three) working days then keep checking our website to see if your claim is accepted and your diploma is ready from this link👉 0621 MAI-75 Diploma

All following rules & decisions issued by InSpacE officers are not to be discussed and final.

InSpacE Terms and Conditions
By submitting SSTV images you captured from the International Space Station during MAI – SSTV Experiment, you agree that InSpacE has no obligation to display the image or to acknowledge the submission. We may display your name and/or callsign with images you submit on our promotion & social media. You also agree InSpacE is not obliged to recompense you in any way for it.

Stesen K4UAH-5 di Florida dan K4UAH-6 di Canada

$
0
0

 



Penerbangan K4UAH-6 diatas pada 7 Jun 2021 jam 23:28. Ketika itu, stesen K4UAH-6 telah berada di ruang angkasa Canada. Altitud 12600m dengan kelajuan 87km/h serta bearing 50 darjah. Tenaga solar yang disimpan sebanyak 4.300 volt dengan suhu 10 darjah selsius. Locator DO52AJ.


Manakala, stesen K4UAH-5 telah berada di Florida, Amerika pada 7 Jun 2021 jam 23:26. Altitud 13900m dengan kelajuan yang perlahan iaitu 46km/h. Pergerakan arah ke timur manakala tenaga solar adalah 4.600 volt. Suhu yang dicapai adalah 15 darjah selsius serta locator EM80EI.


Kedudukan terkini K4UAH-6 hingga jam 2:58 pada 10 Jun 2021 telah menghampri ke United Kingdom. Altitud 13060 m dengan kelajuan 102km/h dengan bearing 74 darjah. Solar 3.30 volt dengan suhu sekitar 5 darjah selsius. Locator HO93FI.

Seterusnya, stesen K4UAH-5 telah dua hari tidak aktif. Kemungkinan telah hilang di Segi tiga Bermuda. Kedudukan  terakhir melepasi tanah Florida ke arah kawasan yang misteri itu.

Menurut laman web rasmi Space Hardware Club, mengesahkan bahawa K4UAH-5 telah mendarat pada 8 Jun 2021. Pencapaiannya telah berjaya mengelilingi dunia sebanyak 7 kali selepas 107 hari penerbangan.




Kini , hanya tinggal K4UAH-6 meneruskan penerbangan dalam percubaan mengeliling dunia sebanyak mungkin. Telah berjaya mengelilingi dunia sebanyak 6 kali. Penerbangan seterusnya dijangka ke arah negara Skandinavia.

Ramai rakan berjaya mendekod imej SSTV

$
0
0

 

RS0ISS Will Transmit Slow-Scan TV Images from the ISS on June 9 – 10

06/08/2021

Russian cosmonauts on the International Space Station (ISS) plan to transmit slow-scan TV (SSTV) images on 145.800 MHz FM June 9 – 10. The transmissions, which will use SSTV mode PD120, are part of the Moscow Aviation Institute SSTV experiment (MAI-75) and will be made from RS0ISS in the Russian Service Module of the ISS using a Kenwood TM-D710 transceiver.

The tentative schedule calls for transmissions on June 9 from 0935 UTC until 1350 UTC and on June 10 from 0855 UTC until 1550 UTC. Dates and times are subject to change. Hams on Earth should be able to receive the signals on a handheld transceiver using a quarter-wave whip antenna, with FM filters set for 25 kHz channel spacing.

Predicted ISS pass times are available via the AMSAT website. Additional information is available on the Amateur Radio on the International Space Station (ARISS) SSTV blog and tips for SSTV beginners are available on AMSAT-UK. 


Bermula malam tadi aktiviti mendekod imej SSTV telah bermula. Ramai rakan dilihat berjaya mendekod imej yang dipancarkan dari ISS dengan frekuensi 145.800MHz.

Stesen K4UAH-6 berada di Sweden

$
0
0

 


Stesen K4UAH-6 telah berada di Sweden pada petang ini. Nampaknya radas K4UAH-6 masih berfungsi dengan baik. Penerbangan diteruskan hingga ke utara Sweden,

Bermula dengan altitud 13000m dengan kelajuan 69 km/h. Bearing 37 darjah serta suhu sekitar adalah 15 darjah celsius. Solar awal pagi  ini sebanyak 4.10 volt. Locator JP87XR. Waktu di Kurina, Sweden adalah 8:28 pagi.

Stesen berhampiran adalah SK2RGJ dan SM2YUW.

Jam 14:48 kelajuan 50km/h dengan bearing 56 darjah. Altitud menurun kepada 12960m berserta suhu 10 darjah celsius. Kuasa solar tetap kekal kepada 4.10 volt. Locator JP97CU.

Merujuk kepada Windy,com. Angin bertiup ke arah timur laut. Ia selari dengan pergerakan terkini K4UAH-6. Jadi, ia akan terus terbang ke arah utara Sweden atau masuk kembali ke Norway utara.

Jam 14:58 kelajuan meningkat sedikit kepada 69km/h dengan bearing 36 darjah. Altitud menurun lagi kepada 12900m berserta suhu menurun kepada 5 darjah celsius. Kuasa solar kekal 4.10 volt. Locator JP97EW.

Kelihatan di sebelah negara Norway terdapat banyak stesen aprs yang aktif berbanding Sweden. Antaranya adalah LD8NO, LA8SRR, LA3NSB, LA5YKA, LA1DPA-9, LA6TOA, LD9BA, LD9SJ, LA8JRA-11, 

Jam 15:08 kelajuan menurun kepada 50 km/h dengan bearing 56 darjah. Altitud kekal 12900m serta suhu meningkat 15 darjah celsius. Kuasa solar meningkat kepada 4.20 volt. Locator JP97GX.



Jam 15:28 kelajuan meningkat kepada 57 km/h dengan bearing 44 darjah. Altitud masih kekal 12900m dengan suhu meningkat kepada 20 darjah celsius. Kuasa solar turut meningkat kepada 4.40 volt seiring dengan limpahan cahaya pagi jam 9:28 waktu tempatan.

Jam 15:38 kelajuan semakin perlahan kepada 33 km/h dengan bearing 36 darjah. Altitud kekal kepada 12900m dengan suhu sekitar turun 15 darjah celsius. Kuasa solar meningkat kepada 4.50 volt. Locator JP98LD.

Jam 15:58 kelajuan kekal 33 km/h dengan bearing turut kekal 36 darjah. Altitud meningkat kepada 13000m dengan suhu kekal 15 darjah celsius. Kuasa solar turun 4.40 volt. Locator JP98OG. Penerbangan menghampiri sempadan Norge dan Sverige di Tasik Tornetrask.


Jam 16:28 kelajuan 57 km/h berjaya memasuki semula Norway. Bearing 44 darjah kekal ikut arah angin. Altitud telah turun kepada 12840m dengan suhu masih kekal 15 darjah celsius. Kuasa solar tetap kekal 4.40 volt. Locator JP98UK.


Jam 16:38 telah berada di negara Norway dengan kelajuan 48 km/h. Bearing 55 darjah serta altitud 12900m. Suhu sekitar adalah 15 darjah celsius dan tenaga solar meningkat kepada 4.50 volt. Locator JP98WL. 

Jam 16:48 menghampiri sempadan Sweden dan Norway lagi. Kelajuan masih sama 48 km/h dengan bearing 55 darjah. Altitud turun kepada 12840m dengan suhu kekal 15 darjah celsius. Tenaga solar turun 4.40 volt. Locator KP08AM.


Jam 16:58 K4UAH-6 berjaya memasuki semula Sweden. Kelajuan 59 km/h dengan bearing 89 darjah ke arah timur. Suhu telah turun ke 10 darjah celsius dan tenaga solar yang dijana adalah 4.40 volt. Locator KP08DM.

Jam 22:18 K4UAH-6 telah kembali memasuki Norway. Kelajuan 19km/h sangat perlahan dengan bearing 89 darjah ke timur. Suhu yang dicatat adalah 5 darjah celsius. Tenaga solar yang diserap sebelah petang ini waktu tempatan adalah 4.30 volt. Locator KP29KE. Waktu di Karasjok, Norway adalah 16:18 petang.

Masih terdapat stesen aprs yang aktif berhampiran K4UAH-6. Stesen yang aktif adalah LD9KA, LA2IKA-9, LA5HL merupakan AIS receiver terdapat pelabuhan di situ.

Jam 22:28 kelajuan meningkat kepada 57 km/h dengan bearing berubah 19 darjah ikut tiupan angin. Altitud 12840M dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 4.10 volt. Locator KP29LG. Sebelah timurnya semakin menghampiri sempadan Finland.

Jam 22:38 kelajuan kembali perlahan kepada 28 km/h menghala tegak ke utara. Altitud  meningkat kepad 12900m dengan suhu meningkat kepada 5 darjah celsius. Tenaga solar meningkat semula kepada 4.20 volt. Locator KP29LH.

Jam 22:58 kelajuan meningkat sedikit kepada 33 km/h dengan bearing 35 darjah. Altitud masih sama 12900m dengan suhu kekal 5 darjah celsius. Tenaga solar jatuh 3.90 volt. Locator KP29NJ.

Jam 23:18 kelajuan sama 33 km/h dengan bearing yang sama juga 35 darjah. Altitud kekal 12900m dengan suhu meningkat kepada 10 darjah celsius. Tenaga solar turun lagi kepada 3.80 volt. Locator KP29PL.

Jam 23:28 kelajuan meningkat kepada 57 km/h dengan bearing 19 darjah. Altitud menurun kepada 12840m dengan suhu 10 darjah celsius juga.Tenaga solar semakin menyusut kepada 3.70 volt. Locator KP29QN.


Jam 23:28 kelajuan menurun semula kepada 33 km/h dengan bearing 34 darjah. Altitud masih sama 12840m dengan suhu meningkat kepada 15 darjah celsius. Tenaga solar meningkat semula kepada 3.80 volt. Locator KP29RO.

Jam 23:48 kelajuan kekal 33 km/h dengan bearing yang sama 34 darjah. Altitud meningkat kepada 12900m dengan suhu turun kepada 5 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 3.50 volt. Locator KP29SP.

Semakin bergerak ke utara, terdapat satu stesen berhampiran di Finland iaitu OH2FXD-10. aprs.fi merupakan domain dari negara Finland. Laman web paling popular rujukan aktiviti aprs seluruh dunia.





Stesen K4UAH-6 berada di Laut Barents

$
0
0

 Pada petang ini stesen K4UAH-6 telah berada di Laut Barents berhampiran Pulau Yuzhny, Rusia. Meninggalkan jauh negara Skandinavia terus menghala ke timur laut selari dengan Pulau Yuzhny dan Pulau Severny.


Jam 14:48 kelajuan 54km/h dengan bearing 59 darjah. Altitud 12720m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt pada awal pagi waktu tempatan. Locator LQ03NM.

Jam 14:58 kelajuan yang sama 54km/h dengan bearing turut sama 59 darjah. Altitud meningkat kepada 12780m dengan suhu meningkat 10 darjah celsius. Tenaga solar yang dijana pagi ini turun 4.20 volt. Locator LQ03QN.

Jam 22:08 K4UAH-6 menghampiri Pulau Severney, Rusia. Kelajuan 44 km/h dengan bearing 89 darjah arah ke timur. Altitud 12720m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 3.70 volt. Locator LQ64UL.


Jam 22:28 kelajuan 59 km/h dengan bearing masih arah timur. Altitud 12720m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar masih sama 3.30 volt. Locator LQ74DL.

Perbezaan yang nyata diantara gambar pertama dengan kedua boleh dilihat pada skala. Gambar pertama skala 200km, sementara itu gambar kedua skala 20km. Stesen K4UAH-6 semakin menghampiri Pulau Severny.







Stesen K4UAH-6 berada di Leskino, Rusia

$
0
0

 Stesen K4UAH-6 memasuki benua Rusia dari Laut Kara. Penerbangan semalam dari Pulau Severny terus menghala ke tenggara berdekatan dengan Leskino. 


Jam  14:58 kelajuan 65 km/h dengan bearing 148 darjah. Altitud 12720m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator MQ92MB.

Jam 15:18 kelajuan perlahan 37 km/h dengan bearing 137 darjah. Altitud masih serupa 12720m dengan suhu sekitar turun kepada 0 darjah celsius. Tenaga solar meningkat kepada 4.30 volt. Locator MQ91PX.

Jam 15:28 kelajuan meningkat kepada 43 km/h dengan bearing 128 darjah. Altitud tetap sama 12720m dengan suhu yang sama 0 darjah celsius. Tenaga solar turut kekal 4.30 volt. Locator MQ91RW.

Jam 15:38 kelajuan meningkat lagi kepada 57 km/h dengan bearing 162 darjah. Altitud kekal 12720m dengan suhu meningkat semula kepada 5 darjah celsius. Tenaga solar turun kepada 4.20 volt. Locator MQ91SU

Jam 15:48 kelajuan menurun kepada 44 km/h dengan bearing 128 darjah. Altitud  terus kekal 12720m dengan suhu yang sama 5 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.20 volt. Locator MQ91UT.

Jam 15:58 kelajuan makin perlahan kepada 31 km/h dengan bearing 147 darjah. Altitud kekal lagi 12720m dengan suhu turun 0 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.20 volt. Locator MQ91VS.

Jam 16:08 kelajuan meningkat kepada 44 km/h dengan bearing 128 darjah. Altitud sama 12720m dengan suhu sama 0 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.20 volt. Locator MQ91XR.

Sebenarnya, penerbangan K4UAH-6 ketika ini selari dengan Sungai Yenisei. Berhampiran Kuala Sg Yenesei merupakan kelima terpanjang di dunia. Mengalir sepanjang 3847 km berpunca dari Mongolia.

Jam 16:28 kelajuan 37 km/h dengan bearing 136 darjah. Altitud 12720m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator NQ01CP.


Jam 20:08 kelajuan 65 km/h berjaya melintas Sungai Yenesei berdekatan Baykalovsk. Bearing 146 darjah masih menghala ke tenggara tanah besar Rusia. Altitud 12720 m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 3.40 volt. Locator NQ10VS.



Stesen K4UAH-6 berada di Ozero Oneko, Rusia.

$
0
0

 


Pada pagi ini, stesen K4UAH-6 telah menghampiri tasik Ozero Oneko, Rusia. Kelajuan 35 km/h dengan bearing 157 arah selatan. Altitud 12660m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator NP55NN.

Penerbangan K4UAH-6 masih selari dengan Sungai Yenesai.


SPECIAL 2m/70cm NET on MARTS Linking Repeater (Multi Language) FOR CELEBRATING WORLD BLOOD DONOR DAY 2021.

$
0
0

 CQ CQ CQ

9W2FYM CALLING AND STANDING-BY!!!
SPECIAL 2m/70cm NET on MARTS Linking Repeater (Multi Language) FOR CELEBRATING WORLD BLOOD DONOR DAY 2021.
SEMPENA SAMBUTAN HARI DERMA DARAH SEDUNIA TAHUN 2021.
SIRI:38/2021
Amateur radio operators from Malaysia, Singapore & Southern Thailand are invited to join our 2m/70cm net session as follows:
Date: 14/06/2021 (Monday)
Time: 2100 HRS to 2359 HRS HRS (MST) /1300(UTC)
Callsign: 9W2FYM
Handle Operator:Fauzi.
Qth: Shah Alam,Selangor.
List of repeaters & frequencies:
The station(s) that have successfully checked for the most number of times in the year will receive a certificate of appreciation and a special prize gift from selected station the MARTS and 9M4COK.
This net is conducted by MARTS.




Stesen K4UAH-6 berada di tenggara Krasnoyarsk, Rusia

$
0
0


Petang ini, stesen K4UAH-6 masih meneruskan penerbangannya ke arah selatan tanah besar Rusia. QTH  terkini berada di tenggara Krasnoyarsk, Rusia.

Jam 16:08 kelajuan 63km/h dengan bearing 150 darjah. Altitud 12540m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar pada petang ini 4.30 volt. Locator NO75QN.

Jam 16:38 kelajuan 30 km/h dengan bearing 159 darjah. Altitud 12540m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator NO75RK.



 

Stesen K4UAH-6 menghampiri Tasik Baikal, Rusia

$
0
0


Stesen K4UAH-6 pada pagi ini menghampiri Tasik Baikal, Rusia.
Kelajuan 15 km/h dengan bearing 89 darjah ke timur. Altitud ketinggian 12420m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator  OO23ND.

Jam 12:48 kelajuan 31 km/h dengan bearing kekal 89 darjah ke timur. Altitud 12360m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar tengah hari ini mencapai 4.30 volt. Locator OO23UD.

Jam 12:58 kelajuan 28 km/h dengan bearing arah ke utara pula. Altitud 12420m dengan suhu meningkat kepada 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator OO23UE.

Jam 14:48 kelajuan 43 km/h dengan bearing 60 darjah arah timur laut. Altitud ketinggian 12420m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator OO33KK.

Jam 15:28 kelajuan 28 km/h dengan bearing 60 darjah. Altitud ketinggian sama 12420m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator OO33GK.

Jam 15:58 kelajuan 30 km/h dengan bearing 66 darjah. Altitud ketinggian meningkat sedikit 12480m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator OO33JL.

 

Stesen YB6DE-AIS diaktifkan

$
0
0

 


Pada malam ini kelihatan dilayar skrin aprs.fi stesen YB6DE-AIS telah diaktifkan. Beberapa ikon kapal dan bot kelihatan di Selat Melaka. Salah satu bot tersebut adalah Yenesei River. Sempena nama sungai yang dilalui oleh belon K4UAH-6.

Kapal Yenesei River berlayar selaju 31 km/h dengan bearing 314 darjah ke utara Selat Melaka. Panjangnya 288m dan lebar 44m. Kapal ini menggunakan callsign V7AU8. QTH juga tidak jauh daripada stesen 9W2VDY-1 di Sungai Besar.

Jam 23:26 terdapat sebuah kapal berhampiran dengannya. Kapal Ever Diadem berkelajuan 22 km/h dengan bearing 131 darjah. Panjangnya 293m serta lebarnya 32m. Callsignnya adalah 9V7955. Ever Diadem merupakan kapal kargo yang membawa hazard atau pollutant kategori D. Nampaknya membawa barang yang sangat berisiko tinggi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di Selat Melaka. Kesannya boleh berlaku pencemaran yang sangat memudaratkan hiduapan sekeliling.


Stesen YB6DE-AIS terletak di Langsa, Indonesia. Sungguh meriah kelihatan pelbagai bot dan kapal di Selat Melaka.

Stesen K4UAH-6 berada di Sosnovo-Ozerskoye, Buryatiya Rusia

$
0
0


Tengah hari ini, stesen K4UAH-6 telah meninggalkan jauh Tasik Baikal. QTH terkini di Sosnovo-Ozerskoye, Buryatiya, Rusia. Waktu tempatan sama seperti waktu di Malaysia. Sebelah pagi penulis tidak sempat menjenguknya kerana ada PdPR.

Jam 12:48 kelajuan 31 km/h dengan bearing 89 darjah terus menghala ke timur. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar tengah  hari ini adalah 4.50 volt. Locator OO53RJ.

Jam 14:58 kelajuan 15 km/h dengan bearing kekal 89 darjah arah ke timur. Altitud ketinggian kekal 12660m dengan suhu sekitar 10 darjah celsius. Tenaga solar yang dicerap petang ini kekal tinggi 4.40 volt. Locator OO53UK.

Jam 15:58 Altitud ketinggian 12720m dengan suhu kekal 10 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.40 volt. Locator OO53UK. Data menunjukkan dalam masa satu jam K4UAH-6 tidak berganjak tetapi ketinggian meningkat.

 

Stesen K4UAH-6 berada di Mongolia

$
0
0



Selepas seminggu penerbangan belon K4UAH-6 berada di Rusia. Pagi ini telah memasuki negara Mongolia. Kemungkinan sekadar melaluinya sahaja sebelum memasuki negara China. Sempadan negara China juga tidaklah berapa jauh mengikut arah pergerakan ketika ini.

Jam 11:28 kelajuan 44 km/h dengan bearing 127 darjah. Altitud ketinggian 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar pagi adalah 4.30 volt. Locator ON79EX.

Jam 11:38 kelajuan semakin meningkat kepada 65 km/h dengan bearing 147 darjah. Altitud ketinggian kekal 12600m dengan suhu meningkat kepada 5 darjah celsius. Tenaga solar turun sedikit kepada 4.20 volt. Locator OO70GA.

Jam 11:48 kelajuan menurun kepada 28 km/h dengan bearing 180 darjah ke arah selatan. Altitud ketingian masih kekal 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar masih kekal kepada 4.20 volt. Locator ON79FU.

Seperti yang dijangkakan jam 15:38 stesen K4UAH-6 telahpun memasuki ruang udara negara China. Kelajuan 44 km/h dengan bearing 127 darjah arah tenggara. Altitud ketinggian adalah 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar petang ini adalah 4.40 volt masih lagi dalam keadaan baik. ON88DS.


QTH berdekatan dengan tiga sempadan negara. Berhampiran dengan Tasik Hulun penerbangan masih diteruskan. Hulunbuir terdapat dua stesen yang aktif iaitu BG3LDS-N dan BG3LDS.


Berdasarkan pergerakan semasa, kebarangkalian ia akan terbang masuk semula ke Mongolia. Jangkaan akan melintasi Tasik Buir sebelum kembali semula ke negara China.

Jam 16:48 kelajuan 44 km/h dengan bearing 126 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 4.10 volt. Locator ON88KI.

Jam terakhir 17:48 kelajuan 39 km/h dengan bearing 110 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar terakhir 3.30 volt. Locator ON88QE.





 

MALAYSIA LOCAL CONTEST 2021

$
0
0

 


MALAYSIA LOCAL CONTEST 2021

TARIKH: 26 Jun 2021

MASA PERTANDINGAN:

[MULA]

10:00 AM MST, 26 Jun 2021 (Sabtu)

[TAMAT]

10:00 PM MST, 26 Jun 2021 (Sabtu)

TEMPOH PERTANDINGAN12 jam.

TUJUAN:

Untuk memberikan pendedahan kepada semua stesen radio amatur di Malaysia dengan aktiviti ‘contest‘ yang memerlukan sesebuah stesen radio amatur itu melakukan sebanyak mungkin ‘contact‘ dengan stesen yang lain dalam masa yang telah ditetapkan di samping mempromosi jalur frekuensi VHF dan UHF serta menggalakkan peserta menyertai pertandingan CQ WW VHF.

BANDS:

o Hanya penggunaan jalur frekuensi 144 MHz (2m) dan 430 MHz (70cm) dibenarkan dengan mengikut jalur frekuensi yang dicadangkan oleh MARTS berpandukan Pelan Jalur IARU R3 iaitu dengan beza 12.5kHz antara frekuensi.

o Hanya operasi secara simplek dibenarkan iaitu tanpa penggunaan pengulang.

o Kosongkan jalur frekuensi V40 (145.500 kHz) dan U40 (433.300 MHz) kerana ini ialah ‘Calling Frequency‘.

JENIS PERTANDINGAN & PERTUKARAN:

FM –> RST + 6 Digit Grid Square. (Contoh: 59 + OJ03WD)

o Sila layari QRZ Grid Mapper untuk dapatkan 6 Digit Grid Square tempat anda atau muat turun aplikasi HamLog melalui PlayStore.

CARA PANGGILAN PERTANDINGAN: 

SSB : “CQ….CQ….CQ MY LOCAL ….CONTEST”

KATEGORI:

1. SOAB –> Single Operator All Band (Kuasa pancaran mengikut AA).

2. SOSB VHF –> Single Operator Single Band VHF (Kuasa pancaran mengikut AA).

3. SOSB UHF –> Single Operator Single Band UHF (Kuasa pancaran mengikut AA).

4. MSAB –> Mobile Station All Band (Kuasa pancaran mengikut AA).

PEMARKAHAN:

o ‘Contact’ dengan 6 Digit Grid Square yang sama: 1 mata.

o ‘Contact’ dengan 6 Digit Grid Square yang berbeza 2 digit akhirmata.

o ‘Contact’ dengan 6 Digit Grid Square yang berbeza 4 digit awal5 mata.

PENDARABAN:

Jumlah Mata x ( Jumlah Prefix 9M + Jumlah Negara ).

Contoh: 1000 mata QSO x ( 3 prefix 9M + 70 negara ) = 73000 (Mata akhir)

LOGGING SOFTWARE:

Pihak 9MDXC menggalakkan penggunaan perisian N1MM Logger. Namun, penggunaan perisian N1MM tidak wajib atau semestinya. Anda boleh menggunakan mana-mana perisian yang boleh menghasilkan fail ‘Cabrillo‘ versi 3.0 bagi Malaysia Local Contest 2021 ini.

Penggunaan aplikasi telefon iaitu HamLog juga telah disediakan khas untuk membantu stesen mencatat log terutamanya bagi stesen ‘Mobile‘. Sila muat turun dari versi 2.6 dari PlayStore dan tonton video panduan penggunaan di bawah.

Video is still in editing. Kindly wait.

CABRILLO FORMAT:

Sekiranya anda menggunakan ‘paper’ log atau mana-mana perisian selain N1MM, sila rujuk di sini bagi format ‘Cabrillo‘ versi 3.0 yang ditetapkan oleh pihak 9MDXC. Kegagalan anda untuk mengikut format yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan. Harap maklum.

USER DEFINE CONTEST (UDC):

Sila muat turun fail UDC di sini.

PERATURAN UMUM:

1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada stesen radio amatur dari Malaysia.

2. Mata akhir akan dikira mengikut Wilayah ‘Contest’ yang telah ditetapkan. ‘Contact‘ log dengan stesen dari luar wilayah tidak akan dikira dan diberikan 0 mata.

3. Stesen yang mempunyai ‘contact‘ di dua jalur frekuensi iaitu 2m dan 70cm, sila pilih kategori ‘All Band‘ semasa penghantaran log dibuat.

4. Stesen yang memasuki kategori ‘Mobile Station‘ boleh mempunyai 6 Digit Grid Square berbeza untuk setiap ‘contact‘ yang dibuat bergantung pada lokasi tempat anda sedang memancar.

5. ‘Dupe log tidak akan dikenakan penalti tetapi 0 mata diberikan. Cumanya anda perlu menyatakannya dengan jelas dalam log anda.

6. Log mesti dihantar dalam bentuk fail ‘Cabrillo’ versi 3.0 yang telah ditetapkan sahajaSila hantar log anda dalam format cabrillo di sini.

7. Jawatankuasa 9MDXC tidak menerima log yang ditulis dengan tangan.

8. Semua log perlu dihantar dalam tempoh masa 7 hari selepas tamat pertandingan iaitu 3 Julai 2021 (23:59 MST)Penghantaran log selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai ‘check log‘.

9. Perlakuan ‘self spotting’ adalah tidak dibenarkan.

10. Hanya satu signal pancaran sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa.

11. Semua peralatan ‘transmitters‘ dan ‘receivers‘ mestilah dalam lingkungan 500m radius.

12. Semua antena yang digunakan oleh peserta, mestilah disambung secara fizikal terus ke ‘transmitters‘.

13. Jawatankuasa 9MDXC boleh membatalkan penyertaan mana-mana stesen amatur yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan ini.

14. Keputusan Jawatankuasa 9MDXC adalah muktamad.

15. Keputusan pertandingan  Malaysia Local Contest 2021 ini akan diumumkan pada 24 Julai 2021 (10:00 MST).

WILAYAH ‘CONTEST’

WILAYAH UTARA:

o Perlis.

o Kedah.

Pulau Pinang.

WILAYAH TENGAH:

o Perak

o Selangor.

Kuala Lumpur.

Putrajaya.

WILAYAH SELATAN:

o Negeri Sembilan.

o Melaka.

Johor.

WILAYAH TIMUR:

o Kelantan.

o Terengganu.

Pahang.

WILAYAH BORNEO:

o Sarawak.

o Sabah.

Labuan.

SIJIL:

Semua stesen yang menyertai Malaysia Local Contest 2021 ini akan diberikan sijil dalam bentuk .pdf yang boleh dimuat turun di sini sebagai tanda penghargaan dari 9MDXC.

PLAK:

o Single Operator All Band.

o Single Operator Single Band VHF.

Single Operator Single Band UHF.

Mobile Station All Band.


http://www.9mdxc.com/2021/06/rules-myc-2021

Stesen K4UAH-6 berada di Heilongjiang Sheng, China

$
0
0


Pagi ini, stesen K$UAH-6 telah berada di Tasik Bali. Mengikut perkiraan, ia menghala ke Harbin. Jam 8:08 kelajuan 28 km/h dengan bearing 103 darjah. Altitud ketinggian 12600m dengan suhu darjah celsius. Tenaga solar waktu pagi ini adalah 4.40 volt.

Jam 8:58 kelajuan 30 km/h dengan bearing 89 darjah ke timur. Berdekatan dengan tasik Qingken altitud ketinggian kekal 12600m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator PN26SJ.

Stesen yang terdapat di sekitarnya adalah BG2EFX-9, BG2EFX-10, BG3KZE-N. Waktu tempatan masih sama seperti di Malaysia.

Jam 9:08 kelajuan meningkat 76 km/h dengan bearing 89 darjah terus ke timur. Altitud ketinggian kekal 12600m dengan suhu kekal 5 darjah celsius. Tenaga solar turut kekal kepada 4.40 volt. Locator PN26UJ.

 


Stesen K4UAH-6 berada di utara Suihua, China

$
0
0


Pada pagi ahad ini, stesen K4UAH-6 berada di Suihua, China. Masih berada dipersekitaran timur laut negara China. Pergerakan perlahan tidak bergerak jauh keluar dari lokasi semalam.

Jam 7:18 bergerak arah barat dengan kelajuan 37 km/h. Altitud ketinggian 12780m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar pada pagi ini adalah 4.20 volt. Locator PN38LA.

Kelihatan satu stesen pada pagi ini di Harbin. Stesen tersebut adalah BG2CLX-N. Suihua juga terdapat satu stesen yang aktif. Stesen tersebut dikenali sebagai P-BG2EOB.

Manakala di Changcun, stesen yang aktif adalah BG2-N, BG2LFR-9, BG2KZM-10, BG2LFR-10, dan BG2LBF-10. Seterusnya di Jilin City terdapat dua stesn yang aktif adalah BD2OS-3 dan BG2KCG-10.

Jam 10:08 kelajuan 9 km/h dengan bearing 306 darjah. Altitud ketinggian 12840m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 4.50 volt. Locator PN38HE.

Jam 12:18 altitud ketinggian 12780m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator PN38EB.

 

Stesen K4UAH-6 berada di Daqing, China

$
0
0

 


Pada pagi, stesen K4UAH-6 masih lagi berlegar-legar di Heilongjiang Sheng. Hari ketiga berada di daerah ini. Penerbangan sangat perlahan tidak bergerak keluar dari kawasan ini.

Jam 12:08 altitud ketinggian 12960m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator PN26EG.

Stesen K4UAH-6 meninggalkan China

$
0
0


Setelah 3 hari terperangkap di negara China. Stesen K4UAH-6 berjaya meloloskan diri keluar ke tanah besar menuju lautan luas. Penerbangan ke arah timur bagi melengkapkan misi mengelilingi dunia.



Jam 12:08 kelajuan 81 km/h dengan bearing 89 darjah ke timur di laut Jepun. Altitud ketinggian 12840m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt tengah hari ini. Locator PN62KM

Terdapat stesen yang aktif di Vladivostok, Rusia. Stesen tersebut adalah UA0LMC, UA0LGY dan RZ0LWA. Waktu tempatan di Vladivostok awal dua jam dari Malaysia. Ketika ini jam 14:50 waktu tempatan. Berdekatan dengan Nakhodka terus menuju ke Hokkaido, Jepun, 



 

Stesen K4UAH-6 berada di Pulau Kuril, Rusia

$
0
0


Pagi ini, stesen K4UAH-6 telah berada di Pulau Kuril, Rusia. Penerbangan malam tadi berjaya melepasi Jepun. Jangkaan penerbangan ke laut Bering serta ke Alaska. Memasuki lautan Pasifik yang luas menuju satu pusingan lengkap bagi penulis mengikut jejak stesen ini.

 

Imej SSTV 15:23 23/6/2021

$
0
0


Imej SSTV bagi laluan ISS jam 15:23 petang ini.

 

Viewing all 1580 articles
Browse latest View live